1.Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. 2.Gunakan kain untuk mengelap meja dapur. Kain boleh digunakan semula berbanding kertas tisu. 3.Guna semula beg plastik membeli belah untuk mengisi barang buangan. 4.Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. 5.Penggunaan periuk tekanan dan pengukus dapat menjimatkan tenaga sehingga 70% 6. Kumpulkan kertas dan surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula. 7. Gunakan bahan buangan organik sebagai baja yang tinggi nutrienya. 8.Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. 9.Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindar serangga perosak. 10. Elak membasuh kereta dengan menggunakan paip kerana membazirkan. 11. Gunakan air dalam baldi untuk mencuci kereta. 12. Gunakan mesin membasuh pakaian apabila muatannya penuh. 13. Air bilasan boleh dikumpulkan dan digunakan semula untuk mencuci lantai dan tandas. 14. Beli mesin membasuh pakaian yang jimat tenaga dengan memeriksa label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Hasilnya, penggunaan tenaga elektrik dan air dapat dikurangkan sehingga 50%. 15. Pasangkan sistem 2 curahan pada tandas. Ini dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sehingga 50%. 16. Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25% hingga 50%
17. Gunakan (shower) pancuran untuk mandi. Ini dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga. 18. Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan. 19. Isikan air dalam bekas untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Ia dapat menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip yang mengalir berterusan. 20.Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. 21.Padam dan buka plak selepas menggunakannya. Contoh : Jika peralatan elektrik seperti televisyen digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ‘standby mode’ selama 21 jam akan menggunakan 40% tenaga dalam keadaan ‘standby mode’. 22.Jimatkan tenaga dan kurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Ini dapat menjimatkan jangka hayat televisyen. 23. Gunakan mentol berpendaflour padat kerana dapat menjimatkan 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar. 24.Tempatkan peti sejuk jauh daripada sumber haba kerana ia menggunakan lebih banyak tenaga.Sekiranya peti sejuk diletakkan di dalam bilik bersuhu 30°C hingga 35°C,tenaga yang digunakan hampir 2 kali ganda dan meningkatkan peningkatan pelepasan karbon dioksida(CO²) sebanyak 160 kg setahun. 25. Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga.Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap. 26. Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas. 27. Kurangkan penggunaan pendingin hawa. 28. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan kurangkan pemanasan. 29. Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam. 30. Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering.Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida (CO²) dalam tempoh 6 bulan. 31. Sokong dan bantu program kitar semula.