Amalan Sistem Demokrasi Di Malaysia Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan sistem pemerintahan yang mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik Malaysia mengamalkan Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili
rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar. Rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Pemilihan pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui sistem pilihan raya. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.