RESEPI PUDING KARAMEL GULA HANGUS
Bahan-bahan:
Satu sudu teh esen vanilla 5 sudu besar gula halus 3 biji telur 400ml susu cair 2 biji kuning telur
Bahan-bahan untuk karamel:
5 sudu besar gula pasir kasar 2 sudu besar air
Cara-cara membuat:
Masukkan 5 sudu besar gula pasir kasar bersama dua sudu besar air ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil atau sederhana sehingga warna menjadi keperangan dan tutup api. Masukkan gula hangus tadi ke dalam acuan dan ratakan. Dengan menggunakan bekas lain masukkan kesemua telur, gula halus dan kacau sehingga sebati. Masukkan 400ml susu cair ke dalam periuk dan tambahkan satu sudu teh esen vanilla, panaskan(sekadar panaskan jangan sampai mendidih). Selepas itu masukkan susu cair yang telah panas ke dalam adunan telur tadi. Masukkan perlahan-lahan dan kacau. Dengan menggunakan penapis, tuangkan bancuhan tadi ke atas gula hangus yang masak tadi. Bungkuskan acuan itu dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau sehingga puding betul-betul masak. Untuk mendapatkan hasil yang baik tunggu sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan.
RESEPI PUDING KARAMEL GULA HANGUS Bahannya :· 1 Cawan Gula · 1/2 Cawan Air - utk karamel · 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek* · 5 Biji Telur · 1 Tin Susu Cair · Esen Vanilla PROSEDUR MEMASAK · Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA · Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul · Padamkan api · Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue · Jangan lar tuang semua gula dalam 1 bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)" · Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas · Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula · Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati · Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana · Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi · Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api · Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati · Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing · Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi · Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P ·
Kukus dalam tempoh 20-30 minit
Cara saya mengukus didalam pemanggang tu :Isikan air kedalam pemanggang separuh paras tu.. tutup tunggu hingga air mendidih. Kemudian baru dimasukan bekas puding tu kedalam pemanggang, tutup dan masakan dalam masa 15-20 minit, tengok jika belum masak boleh tambah masa mengukus. Selepas tu tunggu sejuk sebentar baru dimasukan kedalam petiais. Apabila elok mengeras puding tu baru diterbalikkan.